Artikel Trending

6/recent/ticker-posts

Recent Posts

BLOG MASIH RELEVEN?



Malam tadi aku tanya isteri, "Releven lagi ke blog ini?" 

Isteri aku jawab senang je..."Macam mana nak tahu kalau dah lama tak update blog?" 

Ya lah betul juga.. Macam mana aku nak tahu releven lagi atau tak kalau aku sendiri tak menulis, tak update dan tak berkongsi dengan orang lain. Ini adalah benda asas yang blogger kena buat, bila ada blog sendiri. heheh..

Jadi.. ini adalah posting pertama aku pada tahun 2026.

Ya..aku tahu, ramai sekarang dah jarang cari maklumat di blog. Sebab apa? Sebab dah ada ai dan segala macam mak nenek teknologi yang ada di sekeliling kita. Terutamanya, di smartphone.

Apa saja yang kita nak cari, kita akan buka chatgpt dan dapatkan maklumat darinya. Tapi kan.. korang perasan tak... Tak semua yang AI bagi maklumat adalah betul. Kadang-kadang bila kita double check, rupa-rupanya dia sembang kari saja. hahaha..

Itu antara sebab yang aku percaya, dunia blog ini masih ada ruang dan releven untuk aku teruskan. kalau siapa yang follow aku sejak dulu lagi, setiap tulisan yang berkaitan dengan hal-hal penting, aku menulis dengan berhati-hati dan penuh dengan fakta.

Sebab aku percaya, kalau kita kongsikan hal yang baik dan betul. Kemudian orang lain dapat manfaat dan mungkin sebarkan pula kepada orang lain. Kita juga akan dapat pahala dan kebaikan seperti orang yang buat itu.

Ada hadis yang menceritakan perkara ini.
Kata Nabi, "Barangsiapa yang menunjukkan sesuatu kebaikan maka dia mendapat pahala sama seperti yang melakukannya.” (Riwayat Muslim)

DAH USANG?
Mungkin ada sesetengah orang kata Blog ini dah usang. Dan outdated.. orang dah tak baca tulisan dekat blog. Orang dah malas nak buka blog. 

Tapi ada juga yang masih suka baca blog. Bagi mereka membaca blog ini seperti terapi, macam tengah dengar penulis blog itu bercakap dengan kita. Tak fake. Bukan janaan Ai, tapi tulisan yang datang dari hati dan fikiran.

Memang berbeza pun...Contoh macam masa zaman Chatbox tengan hype. Kita rasa annoying bila chat seller dekat Facebook, chatbox yang reply. Semua scripted. Kita takde rasa emosi dan rasa manusiawi.

Sebab itu dah ramai seller tak guna chatbox, dan mereka gantikan semula team sales, atau fokus kepada e-commerce saja.

Dan sekarang pun ramai developer tengah develop Ai yang lebih manusiawi dan personalize bila ada orang whatsapp atau call. <<< Dan ini aku dah pernah cuba dan buat, dan memang rasa seronok.. Cumanya ada banyak hickup yang kena selesaikan sebelum boleh gunakan secara meluas.

Eh cerita pasal ai pula... Aku nak sambung. 

Bila aku sendiri menulis blog. Aku rasa seperti menulis sebuah diari terbuka, sebuah tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Orang Indonesia kata "CURHAT", singkatan kepada Curahan Hati.

Ia lebih asli, lebih jujur  dan lebih manusiawi. kalau ikutkan hati, boleh saja aku Prompt "buatkan sebuah artikel pertama untuk tahun 2026...bla bla bla..." dan terus siap. Tapi buat apa? 

Orang yang menulis blog, mereka ada sentimental dan ada perasaan yang ingin disampaikan. Dan mereka ingin orang yang membaca merasa perasaan tersebut, dan wujud hubungan antara pembaca dan penulis.

Sebab itu korang akan perasan, pembaca blog setia dan penulis blog kadang-kadang macam ada satu hubungan yang sukar untuk dijelaskan.


KITA AKAN TERUS BERSAMA.
Doakanlah aku untuk terus istiqomah berkongsi di blog. Dan kalau korang perasan, dalam blog ini aku ada letak beberapa bahagian. Contoh macam travel, Wise , dan lain-lain. Jadinya setiap bahagian itu ada cerita / content tersendiri yang lebih berfokus.

Contoh kalau bahagian TRAVEL, aku mungkin akan cerita pasal Tips travel ke, destinasi travel ke, atau apa saja yang berkaitan.

Dalam itu nanti akan ada gambar lah, harga-harga lah, dan sebagainya yang korang boleh rujuk dan gunakan.

Posting terbaru aku nanti aku nak share pasal percutian aku sekeluarga ke Genting Highland baru-baru ini.

Akhir sekali... Aku harap kita akan dapat terus bersama untuk posting-posting seterusnya.
bai-bai.
-Melaka.





Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code